Bagi menjayakan sesuatu dakwah, pendakwah haruslah mempunyai Ilmu pengetahuan yang cukup serta berketrampilan dalam menyampaikan dakwahnya. Mengetahui dan mempengaruhi serta pandai menggunakan situasi dan kondisi disamping itu mengenal sikap mental masyarakat yang didakwahnya itu.
Apakah yang dimaksudkan dengan metod dakwah itu? Apakah hubung kaitnya dengan Uslub dan Manhaj?
Metod (metode) bermaksud cara melakukan sesuatu atau sistem. Ia berasal daripada bahasa Inggeris (method) yang bererti sistem, aturan atau kaedah. Pemakaian metod dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama ertinya.
Uslub ialah satu perkataan Arab yang bermaksud jalan atau cara. Mengikut pengistilahan dakwah, uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat dan bentuk yang tertentu. Manakala Manhaj atau Minhaj juga satu perkataan Arab yang beerti jalan atau cara.
Adapun wasilah, iaitu satu istilah yang juga penting dalam dakwah adalah beerti media atau saluran penyampaian kandungan tersebut yang biasanya melalui media massa.
Daripada pengertian tersebut uslub dan manhaj sama ertinya dan kedua-duanya sama dengan pengertian metod dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dengan itu, metod, uslub dan manhaj mempunyai ikatan yang rapat antara satu sama lain, kerana ketiga-tiganya satu dari sudut makna. Daripada maksud di atas juga dapat disimpulkan bahawa metodologi dakwah itu bermaksud kajian mengenai cara atau kaedah penyampaian Islam kepada sasaran. Dakwah hendaklah mengikuti kaedah tertentu, kerana kalau tidak ia mungkin tidak membawa apa-apa kesan.[1]
Uslub bermaksud cara, metode atau seni. Jika dikatakan Ia berada pada salah satu uslub kaum ”. Ertinya ia mengikuti metode mereka. “ Kaum menggunakan beberapa uslub dalam berbicara ”. Ertinya kaum menggunakan bermacam-macam seni.
Uslub dakwah ialah Ilmu yang mempelajari bagaimana cara berkomunikasi secara langsung. Sumber-sumber asas metode dakwah yang dijadikan pegangan para pendakwah ialah Al-Quran, As-Sunnah, Sirah (sejarah), Salafus Soleh dari kalangan sahabat, tabi’in, dan ahli Ilmu, serta Iman. Metode dakwah yang bijak umumnya berdasarkan pada hal-hal yang berikut :
Ø Memeriksa dan menganalisis.
Ø Menghilangkan keraguan (Syubhat)
Ø Memberikan semangat kepada mad’u (Penerima dakwah)
Ø Membimbing mad’u (Penerima dakwah) dengan Al-Quran, As-Sunnah, dan Sirah Rasul dan Salafus Soleh.
Ø Menyampaikan cara-cara di atas dengan bijak, yakni melalui nasihat dan diskusi yang baik atau (kalau memang diperlukan) dengan kekuatan. Namun., cara terakhir ini khusus bagi mereka yang menentang Islam dan zalim.[2]
Firman Allah S.W.T : -
Maksudnya : “ Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim diantara mereka ”.
(Surah Al-Ankabut : 46 )
MEDIA, MEDIUM ATAU PERANTARAAN DAKWAH (WASILAH)
Media, medium atau wasilah dakwah adalah segala yang membantu da’I (pendakwah) dalam menyampaikan dakwahnya secara efisyen dan efektif. Media (wasilah) terbahagi kepada dua macam : -
Medium (wasilah) secara langsung. ( MEDIA EKSTERN DAKWAH)
Media ekstern dakwah ini adalah berdasarkan pandangan yang tepat terhadap kenyataan hidup yang selalu tunduk kepada hukum sebab akibat. Berdasarkan kepada kenyataan ini medium ini sangat banyak tetapi yang paling penting untuk diketahui ada tiga iaitu waspada, meminta bantuan kepada orang lain, dan disiplin atau peraturan.
Adapun waspada atau berhati-hati dan sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T adalah perlu ada dalam diri seorang da’I sebelum berdakwah kepada orang lain. Di samping itu memberi peringatan kepada ahli keluarganya agar berhati-hati terhadap perbuatan maksiat, bahaya nafsu, kaum munafik dan orang-orang kafir. Firman Allah S.W.T : -
Maksudnya : “ Berdua dengan Abu Bakar, ketika keduanya dalam gua bukit Tsur, ketika itu ia berkata kepada sahabatnya ; “ Janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita ”. ( Surah At-Taubah : 40 )
Demikianlah pendirian Rasulullah S.A.W yang selalu berpegang pada pertolongan Allah S.W.T, kepada pemeliharaan dan dukungan-Nya bukan semata-mata kepada yang diusahakannya
Setelah kita meminta pertolongan Allah S.W.T, seorang da’i perlulah meminta pertolongan daripada orang lain bagi melancarkan jalan dakwahnya. Kerana gerakan dakwah itu berjalan secara berjemaah.
Disiplin atau pengaturan adalah sesuatu yang paling baik dalam mengatur sebarang aktiviti, dan aktiviti itu pula ditujukan dan diarahkan pula kearah yang lebih baik dalam berdakwah dan seterusnya menambahkan kemungkinan kejayaan da’I dalam mencapai tujuannya yang murni.
Medium (wasilah) secara tidak langsung. (MEDIA INTERN DAKWAH)
Media intern penyampaian dakwah ialah dengan perantaraan bahasa, perbuatan, melalui akhlak dan sikap para pendakwah itu sendiri dapat dijadikan contoh dan dapat menarik orang lain kepada Islam.
Antaranya adalah :
Ø Penyampaian dengan perkataan.
Contohnya seperti pertemuan-pertemuan umum, diskusi, pengajaran-pengajaran di masjid, kuliah-kuliah, sekolah-sekolah, lembaga-lembaga pendidikan, pertemuan khusus, dakwah perseorangan, nasihat, media tulis atau cetak, surat, makalah, buku, brosur, media elektronik dan media khusus seperti kaset atau faksimili dan sebagainya lagi wasilah-wasilah yang boleh digunakan oleh da’i.
Ø Penyampaian dengan perbuatan
Contohnya seperti suatu tindakan untuk menumpaskan kemungkaran membela yang hak. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahkannya (menghapuskan) dengan tangannya, jika dia tidak berkuasa berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (mulutnya). Jika dengan itu juga dia tidak berkuasa, maka hendaklah dengan hatinya. Tetapi, itu adalah merupakan selemah-lemah iman ”.
Ø Penyampaian dengan akhlak dan peribadi.[3]
Seseorang pendakwah selain daripada dinilai dari sudut Ilmunya, dia juga dinilai dari segi peribadi akhlak atau personalitinya. Kerana peribadi seseorang itu mencerminkan dirinya yang sebenar. Contoh ikutan yang terbaik bagi umat Islam adalah Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T :-
Maksudnya : “ Sesungguhnya pada Rasul Allah itu (Muhammad) ada ikutan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan hari kemudian, serta dia banyak mengingati Allah ”. ( Surah
[1] Abd Aziz bin Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah m/s 75-76, Kuala Lumpur, cetakan 1999.
[2] Said bin Ali Al-Qahtani, Dakwah Islam Dakwah Bijak m/s 101-102, Jakarta, cetakan 1994.
[3] Ibid m/s 103-104
No comments:
Post a Comment